MOTAC mahu wujud kereta api warisan perkukuh pelancongan, kebudayaan - Sinar Harian
Halaman KorporatPemetaan Budaya
Increase size
Reset to Default
Decrease size
 Image - ms_my bm
  • Image - ms_my bm
  • Image - en_gb en
Image - logojatabmnew

 

Image - logo n text-02 Image - logo n text-04 Image - logo n text-05 Image - logo n text-03
  • Utama
  • Info Korporat
      • Pengenalan
      • JKKN Negeri
  • Perkhidmatan
  • Berita & Media
  • Program
  • Galeri
  • Hubungi Kami

MOTAC mahu wujud kereta api warisan perkukuh pelancongan, kebudayaan - Sinar Harian

 
 
Khairul Firdaus (tiga dari kiri) merasmikan program ASEAN Heritage Train yang diadakan di Kuala Lumpur Sentral pada Selasa.
Khairul Firdaus (tiga dari kiri) merasmikan program ASEAN Heritage Train yang diadakan di Kuala Lumpur Sentral pada Selasa.
 
 

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bercadang mewujudkan program kereta api warisan bagi memperkukuh pelancongan dan kebudayaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, idea berkenaan tercetus setelah melihat kejayaan program ASEAN Heritage Train (ATH).

“MOTAC baru sahaja berbincang dengan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk mewujudkan satu program yang meliputi aspek pelancongan dan kebudayaan.

“Ini (program kereta api warisan) adalah salah satu penanda aras yang cukup baik, apabila acara ini dapat dilaksanakan.

“Sudah semestinya, program ini perlu diperluaskan ke negeri-negeri lain agar semangat ASEAN dapat diterapkan dalam masyarakat kita,” katanya ketika sidang media majlis pelancaran AHT pada Selasa.

Mengulas mengenai program itu, Khairul Firdaus memberitahu, ia merupakan projek kebudayaan transnasional yang melibatkan tiga negara anggota ASEAN melalui Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Lao PDR, Kementerian Kebudayaan Thailand dan MOTAC.

“Saya dimaklumkan sepanjang perjalanan, peserta terlibat dalam beberapa siri acara termasuk persembahan kebudayaan, pameran kraf tangan dan bengkel, kulinari tradisional dan pertukaran pengetahuan dengan masyarakat tempatan.

“AHT dengan tema meningkatkan perhubungan ke arah budaya kepelbagaian, ia secara tidak langsung melambangkan bahawa projek ini mendalami dan menggalakkan pertukaran budaya serta menyumbang kepada komuniti ASEAN yang lebih inklusif,” ujarnya.

Tambah beliau, ASEAN sering digambarkan sebagai ‘periuk lebur’ yang berbeza budaya, tradisi dan kepercayaan.

Jelas beliau, hampir semua negara di rantau ini terdiri daripada berpuluh-puluh etnik yang masing-masing mempunyai pertuturan berbeza bahasa dan dialek, makanan, pakaian, tarian serta perayaan.

“Walaupun kita (negara ASEAN) memiliki banyak perbezaan tetapi boleh dikatakan kita mempunyai identiti bersama.

“Penjajaran ini menunjukkan keunikan ASEAN. Salah satu yang biasa ciri masyarakat ASEAN ialah budaya tradisional yang dikongsi bersama ialah hiasan pakaian tradisional (tengkolok),” katanya.

AHT bermula di Lao PDR pada 9 hingga 14 Julai iaitu di Luang Prabang, Vang Vieng dan Vientiane. Pada 15 hingga 20 Julai, para peserta menuju ke Thailand merangkumi Nong Khai, Bangkok, Petchaburi dan Songkhla.

Seterusnya, 21 hingga 26 Julai 2024, peserta AHT sampai ke Malaysia melalui tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

 

 https://www.sinarharian.com.my/article/676578/berita/nasional/motac-mahu-wujud-kereta-api-warisan-perkukuh-pelancongan-kebudayaan

 

 

 

 

 

 

Berita & Media

  • Keratan Akhbar
  • Siaran Media
  • Muat Turun
  • Data Terbuka
Image - Logo-01
Image - Logo-02
Image - Logo-03
Image - Logo-04
Image - Logo-06
Image - Logo-09
Image - Logo-10
Image - Logo-11
Image - Logo-12
Image - Logo-13
Image - Logo-14
Image - Logo-15
Image - qr
Image - 003-facebook Image - 002-youtube Image - 004-twitter Image - 001-instagram

IBU PEJABAT JKKN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34
Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03-26148200
Faks : 03-2697 0884 (Talian Pentadbiran)
Emel : info @ jkkn.gov.my

PAUTAN

Penafian

Data Privasi

Dasar Keselamatan

Bantuan

Data Terbuka

Perlindungan Data Peribadi

Adakah anda menyukai wajah baharu laman web ini?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Image - loading_small
Image - loading_polling
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 3.png0.png9.png9.png9.png1.png4.png
  • Hari Ini: 1865
  • |
  • Semalam: 2061
  • |
  • Minggu Ini: 11493
  • |
  • Bulan Ini: 11493
  • |
  • Jumlah: 3099914